(b)Beberapa isu utama walau bagaimanapun dapat diperhatikan dalam perkembangan di Mesir, melibatkan tindakan Hosni, reaksi Washington dan laporan-laporan dan ulasan terhadap peritstiwa bersejarah di negara itu pada masa ini.
1. Berdasarkan perkembangan semasa, Presiden Hosni Mubarak tidak nampak lagi boleh mengekalkan kedudukan sebagai pemimpin Mesir dengan hanya melakukan perubahan-perubahan seperti melantik naib presiden dan melantik kabinet baharu. Sekiranya masih kekal, Hosni akan berdepan masalah yang besar dan bakal kehilangan sokongan kuasa besar dan masyarakat antarabangsa, serta terus berdepan tentangan rakyat.
2. Pelantikan Omar Suleiman yang mempunyai hubungan baik dengan Israel dan Amerika Syarikat (termasuk berperanan dalam extraordinary rendition) tidak menjanjikan apa-apa yang positif kepada rakyat Mesir melainkan hanya untuk kepentingan kuasa asing dan Hosni sendiri. Pelantikan Omar sama sekali bukan apa yang dituntut dan perlu dilakukan.
3. Mohamed el-Baradei semakin mempunyai potensi untuk muncul sebagai pemimpin baharu Mesir, sebahagian besarnya kerana sokongan Barat dan popularitinya di Mesir pada masa ini, dan digelar sebagai figur penyatu dalam politik Mesir. Beliau juga merupakan tokoh yang paling banyak menerima liputan positif media asing. Penyertannya dalam protes mendapat ulasan positif dan diangkat sebagai pemimpin yang berani berdepan Hosni serta menuntut diktator itu berundur. Hal ini juga menunjukkan sisi politik domestik bukan satu-satunya naratif yang sepatutnya diterima dalam melihat perkembangan di Mesir dan Asia Barat pada masa ini.
4. Ikhwan al-Muslimin mula menerima serangan mengaitkannya dengan unsur-unsur "militan" dan "teroris," dalam rangka wacana yang kritikal terhadap sebarang elemen Islam dalam politik. Walaupun sejarah menunjukkan rekod yang tidak sepenuhnya baik bagi Ikhwan, kumpulan ini merupakan kuasa politik yang sah di Mesir. Kritikan Ikhwan tidak terlibat dalam penentangan juga menyeleweng kerana kumpulan ini berdepan tekanan dan tangkapan pasukan keselamatan secara agresif, terbaharu sejak 2009.
5. AS telah bertindak berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berhubung protes dengan cuba mengimbangi sokongan kepada hak fundamental rakyat dengan desakan perubahan kepada rejim Hosni. Kenyataan Setiausaha Negara Hillary Clinton Jumaat lalu cuba mengimbangi dan menyediakan ruang manuver pada masa depan, apapun kesudahan kepada rejim Hosni. Jelas bahawa Washington masih menyokong rejim sedia ada, tetapi tetap akan meneruskan hubungan baik dengan pemerintah selepas ini sekiranya rejim sekarang tumbang. Apabila tiba masanya, AS juga akan mendesak Hosni berundur.
6. Kepentingan AS - dan Israel - di Mesir terlalu besar dan tidak terhad kepada rejim Hosni. Selepas Israel, Mesir ialah penerima bantuan ketenteraan terbesar dari AS. Malah, kepentingannya mungkin akan dapat lebih dipelihara dan dicapai di bawah pemerintah baharu. Kedudukan Mesir sebagai negara Arab pertama mengiktiraf Israel dan yang paling berkeupayaan berperang dengan Israel - terutama disebabkan faktor sempadan - menjadikan Mesir tidak boleh dilepaskan oleh Washington. Palestin dan Gaza ialah satu isu yang paling menjadikan Mesir diperlukan oleh Israel untuk bekerjasama dengannya, kerana hanya Mesir negara yang boleh menguatkuasakan kepungan Gaza selain Israel.
7. Perubahan politik di Mesir bakal mencetuskan gelombang yang jauh lebih besar berbanding yang tercetus dari Tunisia. Walaupun tidak semestinya akan membawa kepada perubahan rejim lain, perkembangan di Mesir telah mengubah permainan di Asia Barat. Sekiranya perubahan yang bermakna terlaksana di Mesir, termasuk dalam aliansi dengan Jordan dan Arab Saudi, lanskap politik serantau akan berubah dengan dramatik. Perubahan dalam aliansi Kaherah-Riyadh-Amman secara dramatik mampu menjejaskan pengaruh kuasa-kuasa terbesar dunia Arab itu.
. . .Lifesuck. . .
Orang sebuk nak buat blog . . aku pun sebuk nak buat blog . .
Saturday, February 5, 2011
Friday, January 21, 2011
7 Kisah Orang Yang Di Timpa Nasib Malang
7 Kisah Orang Yang Di Timpa Nasib Malang
7. Jason and Jenny Cairns-Lawrence - selalu menghadapi serangan pengganas.
a. 11 September, World Trade Center, Pasangan ini berada di New York pada saat menara kembar WTC jatuh dan hancur.
b. 7 Julai 2005, ketika mereka sedang berada di London, mereka sekali lagi berada di kota dimana serangkaian bom meletup di stesen kereta api bawah tanah.
c. 2008, akhirnya mereka berpikir untuk tidak melancong ke bandar-bandar besar,dan pergi ke Mumbai, India, dan akhirnya berakhirlah pasangan ini sekali lagi berada di bandar dimana adanya letupan bom dan penembakan yang membunuh ratusan jiwa.
6. Violet Jessop - Hampir tenggelam di kapal persiaran sebanyak tiga kali.
Cerita Violet dimulai pada saat dia bekerja sebagai krew perawat di Olympic, ‘adik’ kapal Titanic. 20 September 1911, Olympic berlanggar dengan kapal tempur Inggris, untungnya dia selamat.kerana itulah, akhirnya Violet pindah ke kapal berikutnya: Titanic!.
mungkin tidak perlu cerita panjang lebar tentang kapal Titanic,tentu semuanya sudah mendengar ceritanya bukan?.setelah kejadian dari Titanic, Violet mulai 'taubat' dan menjauh dari kapal,mungkin dia sudah trauma akibat dari kapal Titanic,kebetulan kapten kapal Olympic dan Titanic ketika kejadian itu adalah sama yaitu Edward J. Smith.
Setelah beberapa lama tidak ke laut, akhirnya Violet rindu dan kembali lagi menjadi perawat di kapal Britannic. 1916, kapal tadi melanggar batu karang dan sekali lagi Violet selamat,akhirnya dia merasa laut bermusuhan dengan dia, akhirnya Violet menjauh dari laut.Pada saat meninggal akibat kegagalan jantung pada 1971, mayatnya dibuang ke laut.
5. Robert Todd Lincoln - mengenali presiden yang mati kena tembak.
Bapak Robert ini siapa lagi kalau bukan Abrahm Lincoln?jadi ceritanya bermula dari bapaknya sendiri.Pada umur 21 tahun, Abrahm Lincoln terbunuh, kemudian, Robert masuk ke dalam dunia politik dan berada di jabatan Menteri Perang dibawah pemerintahan James Garfield.
1811, 4 bulan setelah Robert diangkat sebagai menteri, pada saat mereka berdua sedang dalam perjalanan ke New Jersey, Presiden James Garfield telah ditembak.Setelah hampir 20 tahun tidak ada presiden yang dikenalnya mati tertembak, akhirnya dia diundang ke acara presiden McKinley.
Memang Robert bukan jadi saksi mata, tapi setidaknya dia berada di ruangan yang sama dengan presiden McKinley pada saat beliau tertembak!.Semenjak saat itu, semua undangan dari Presiden manapun selalu ditolak olehnya.
4. Ann Hodges - terkena meteor.
Percaya atau tidak dia adalah satu-satunya manusia di dunia yang terkena meteor!. Pada 30 November 1954, Ann Hodges tidur siang di biliknya, dan tanpa diketahuinya, ada meteor yang jatuh dari langit. Batu chondrite ini pecah menjadi tiga bahagian dan salah satunya melukai Ann di pinggangnya.
malangnya tidak sampai disitu. Angkatan Udara Amerika, langsung datang dengan helikopter dan meminta batuan tadi tanpa ada budi bicara, kerana marah, akhirnya suami Ann dengan bantuan peguam mengambil kembali batu tersebut, dan akhirnya mereka terpaksa menjual batu tersebut pada harga 5.000 dollar.
Tapi malangnya pemilik rumah (ternyata keluarga Ann menyewa rumah tersebut), Bertie Guy, meminta wang itu sebagai ganti rugi kerosakan rumah.Kerana tidak tahan terus menerus menjadi rebutan, akhirnya batu tersebut disumbangkan ke Alabama Museum of Natural History, dan ceritanya berakhir disitu!.
3. Roy Sullivan - disambar petir tujuh kali.
Roy Sullivan adalah penjaga taman nasional di Shenandoah National Park, Virginia. Kejadian pertama adalah pada saat dia berada di menara penjaga pada tahun 1942. Kedua dan selanjutnya adalah pada saat dia memandu meninggalkan taman, pada saat memancing, dan pada saat berada di pos penjagaan.
Ini lebih pelik lagi, apalagi sampai petir menyambar pada saat dia berada di dalam banguanan.Serangan ke lima terjadi pada saat Roy sedang menggantung pakaian bersama istrinya, dan serangan keenam dilaporkan bahwa Roy merasa ‘awan mengejarnya.’ Tapi bukan petir yang akhirnya mengambil nyawanya. Roy menembak dirinya sendiri pada usia 71 tahun!.
2. Jeanne Rogers - ditimpa malang dalam banyak hal.
Jeanne Rogers disambar petir dua kali berturut-turut!.Waktu dia berumur 18,Jeanne bercuti dengan kapal pesiar, Jeanne jatuh ke laut. Temannya berusaha menolong, tapi terjatuh dan akhirnya pengsan. Beberapa tahun kemudian, anaknya yang juga bernama Jeanne berteriak “Mama,ada burung lucu,” dan pada saat itu, seekor kelelawar menyambar kulit kepalanya.
Setiap orang yang dimintai pertolongannya malah ketakutan dan menutup pintu sampai akhirnya dia terpaksa membawa kereta temannya sendiri, kerana temannya terlalu takut untuk membawanya ke rumah sakit.Selain itu juga beberapa perkara malang terjadi dalam kehidupan Jeanne: dirompak, ditembak, dicekik, jatuh ke dalam lubang dan banyak hal lain lagi!.
1. Tsutomu Yamaguchi - menghadap letupan bom atom.
Hanya ada dua bandar yang hancur akibat bom atom, dan Tsutomu ada di dua bandar tersebut ketika letupan berlaku.Dia sedang berada dalam perjalanan untuk menjalankan bisnes di Hiroshima pada tanggal 6 Ogos 1945. Pada saat sedang turun dari kereta, bom atom meletup,Gendang telinganya pecah dan dia menderita kebutaan sementara.
Setelah akhirnya berhasil lolos dan tinggal semalam di tempat perlindungan, akhirnya dia kembali ke kota kelahirannya,Nagasaki.Beberapa hari kemudian Tsutomu berada di pejabat dengan atasannya, dan menceritakan berbagai pengalaman mengerikan dengan bom atom,namun ketika dia baru saja selesai cerita, bom atom meletup lagi di Nagasaki.Untungnya Tsutomu masih hidup dan menceritakan semua hal ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)